SeLaMat DaTanG... WeLcoMe!!!

Gambar Perkahwinan dari Ycity Photo & Video Graphic

Thursday, December 30, 2010

Majlis Pertunangan Eija & Zaril


















Majlis pertunangan Eija & Zaril di Felda Bukit Kepayang...Majlis yang penuh gilang-gemilang dengan dekorasi pelamin mini yang indah bertemakan warna kehijauan.Rombongan pihak lelaki yang datang daripada Felda Tementi tiba lebih kurang pada pada pukul 2.30 petang...Majlis bermula dengan merisik Eija dan selepas selesai dituruti pula sesi menyarung cincin oleh mak Zaril kepada Eija dan ayah Eija kepada Zaril..Majlis yang cukup sempurna bersama kawan-kawan yang sama-sama meraikannya...Selamat bertunang kepada Eija & Zaril..

Let's Enjoyed....

Saturday, December 25, 2010

Pertunangan Intan & Shariman - Felda Bukit Kepayang















Kali ini ycityphotovideo diberi kepercayaan untuk mengambil gambar pertunangan Intan & Shariman..
Lokasi penggambaran di Felda Bukit Kepayang..Majlis pertunangan yang berjalan dengan lancar dengan dekorasi hantaran yang menarik dari kedua-dua belah pihak...Majlis pertunangan yang bermula pada waktu tengah hari dan berakhir pada pukul 3 petang...Kedua-dua pasangan Intan & Shariman yang best dan bagi saya dua2 mempunyai hidung yang sama mancung ala-ala hindustan gitu...hehehe,Selamat Bertunang diucapkan kepada Intan & Shariman dari ycityphotovideo...

Let's Enjoyed....

Wednesday, December 22, 2010

Majlis Perkahwinan Suhaida & Raja Romzi - Felda Purun




























Majlis Perkahwinan Suhaida dan Raja Romzi di Felda Purun, Pahang...Majlis perkahwinan yang berjalan dengan lancar dan sempurna..Pengantin perempuan yang cukup best dan sporting giler apabila gambar dirakamkan oleh jurukamera ycityphotovideo.Kerjasama dengan Kak lily memang best bersama para pembantunya yang ramai...Kali ini saya dibantu oleh penolong jurukamera juga iaitu Yus kerana keadaan diri saya yang agak lemah akibat demam selsema...Sesi outdoor di rakam tidak jauh dari kawasan rumah Suhaida, dengan keadaan yang agak sudah petang otak kami berjalan dengan pantas bersama dengan keadaan pengantin yang sentiasa Happy melakukan aksi2 di depan kamera lensa kami...Sesi outdoor berjalan dengan jayanya dengan keserasian Suhaida & Raja Romzi..Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada mereka semoga bahagia hingga ke akhirnya, dan tidak lupa terima kasih diucapkan kepada keluarga Suhaida yang memberikan layanan yang terbaik kepada kami tukang gambar...

Enjoyed the pic!!!