SeLaMat DaTanG... WeLcoMe!!!

Gambar Perkahwinan dari Ycity Photo & Video Graphic

Friday, March 11, 2011

Majlis Perkahwinan Alya & Kamal

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Alya & Kamal, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.Majlis yang berlangsung selama satu hari di Dewan Paya Pagar, Kerayong.. Sesi outdoor yang dijalankan di Taman yang  belum siap menuju ke Bandar Kerayong...Sewaktu mula nak menjejak kaki di Taman ini kami ditegur oleh ketua pembinaan taman ini katanya segala risiko merbahaya yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri oleh kerana keaadaan Taman itu yang belum siap...Yea kami paham setelah meminta izin kami pun apalagi terus menjalankan sesi outdoor dengan jayanya...Alya yang berasal dari negeri bawah bayu ternyata lincah sekali apabila berhadapan dengan kamera..Pasangan dua sejoli ini kelihatan sangat bergaya apabila berhadapan dengan kamera...Kamal dengan aksi tampannya dan Alya dengan aksi lincahnya..Memang best sewaktu merakamkan detik2 mereka bersama...Semoga berbahgia untuk selamanya....

Let's Enjoyed....

Thursday, March 10, 2011

Majlis Perkahwinan Asro & Mila - Felda Tementi
























Majlis perkahwinan Mila & Asro di Felda Tementi, Bera..Rasanya dah lama ycity tidak pergi ke majlis perkahwinan yang diserikan lagi dengan bunyi-bunyian tiupan seruling...Tiupan seruling di Majlis perkahwinan Mila & Asro sangat mengasyikkan...Majlis perkahwinan yang begitu meriah apabila turut diserikan lagi dengan acara tomoi yang juga disaksikan oleh kedua mempelai pengantin..Aksi-aksi tomoi yang pada saya penuh dengan debaran...Semasa majlis ini hubungan persaudaraan Asro yang erat juga dapat dirasakan oleh ycity.Sesi outdoor kali ini juga dilakukan di Tasik Bera.Walaupun di tempat yang sama dengan pengantin sebelum ini namun banyak juga shot2 yang ternyata tidak sama dengan yang sebelum ini...Tasik Bera ternyata banyak tempat outdoor yang boleh dijelajahi... Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Mila & Asro..

Let's Enjoyed....